Sabtu, 3 Ogos 2013
Khamis, 4 Julai 2013
Skema
Right , dah lama aku tak menulis ni. Sibuk dengan exam, rumah sewa, pikir biskut n dress lagi. Oh My Allah. terasa serabut pale otak aku.. Anyway, aku dah start buat biskut nk jual dah.mengikut kehendak MIG kesayangan aku tula. Yela aku bagi cadangan dekat dia buat kual kuih la puasa ni. Sebabnya aku akan kemalasan dirumah sebab takde bende nak dibuat dan untuk bekerja diluar, cik abang sorang tu susah bebenor nak bagi aku keje kat luar. So disebabkan aku ni suke memasak tapi takdela sedap mana, maka timbul la cadangan giler tu. Nak tahu kuih pe aku buat?
Taraaaaaaaa
Ye, aku buat tart nenas tapi de kelainan sikit sebab aku mixed kan nenas dengan oren n prune..waaaa berkhasiat kau..Tibe-tibe rasa nak bagi giveaway plak.. baik KEPADA SESIAPA YANG INGINKAN FREE SAMPLE KUIH TART OREN N PRUNE NI SILA COMMENT..
Sabtu, 22 Jun 2013
Jumaat, 21 Jun 2013
Hari Bapa
Mungkin belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari bapa kepada semua bapa-bapa di seluruh dunia. Apbila topik ini disentuh seringkali perkara ini membuatkan aku rasa macam lain sikit. Tidak, aku tidak ada masalah dengan bapaku. Cuma aku ini bukan jenis manusia yang reti untuk meluahkan perasaan secara berdepan hatta dalam mesej sekali pun. Mungkin kerana aku ini pemalu dan kurang bercakap apabila bertemu dengan orang asing. Kembali ke topik hari bapa, pada pendapat aku kita tidak perlukan hari yang tertentu untuk menyambut ibu dan bapa kita. we can celebrate everyday if we want to. Namun yang penting tunjukkan kasih sayang kita kepada mereka. Aku mungkin tidak mampu untuk meluahkan secara berdepan tapi aku mampu untuk meluahkan melalui tindakan aku.
My Father, My Hero. I wish you Happy Fathers' day Ayah.
Rabu, 19 Jun 2013
Air Terjun Titi Kerawang
Mood menulis masih di tahap yang rendah kerana semalam tidak menulis. Mata baru sahaja terbuka pada jam 10 pagi tadi dek kerana tido lewat. Hari ni terasa nak mengubah cara penulisan. Selama ni macam tulisan ayat skema. Aku memang skema wannabe. Masuk mood menulis kenangan dengan segera.
Semalam aku dan rakan-rakan ku membuat rancangan untuk mengelilingi Pulau Pinang. Terlalu banyak kenangan yang dilakukan semalam. Kami mengelilingi P.Pinang setelah dua tahun berada disini dan menemui Air Terjun Titi Kerawang yang cantik bukan perkataan indah lebih tepat untuk menggambarkan suasanya. Tepat pada masanya kami menjumpai air terjun tu kerana kepala dirasakan terlalu sarat dengan tekanan menghadapi peperiksaan. Namun sayang, kami tidak dapat menikmati keindahan, ketenangan dan kesejukaan air terjun itu dengan lama kerana jam sudah menunjukkan jam 6 hueres le soir. Lagi pula, kami masing-masing tidak membawa baju lebih untuk bermandi-manda disitu. Namun, kami pasti akan kembali. Airnya yang jernih dan sejuk. Kawasannya yang jauh daripada hiruk pikuk kota, menggamit kenangan kami. Bunyi air mengalir sedikit sebanyak menghilangkan tekanan yang dirasai. Aku sudah merindui tempat ini. Harapan ku agar masih ada masa hadapan untuk aku menikmatinya sekali lagi.
Air mengalir indah,
Air mengalir indah,
burung berkicau riang,
hati kini dirasakan gundah,
masihkah ada hari mendatang?
* ehsan google
Isnin, 17 Jun 2013
MIG
Agak lama tidak menulis, harap kemahiran tulisan belum hilang lagi. Tidak menulis kerana sibuk berjumpa dengan MIG dan sibuk membuat eksperimen biskut yang MIG nak jual. Almaklumlah, kita pun dah nak masuk bulan puasa. Tahun ni MIG mahu jual biskut raya atau biskut puasa? Dan perana aku sebagai tukang buat kuih. Kitaorang jual dua jenis dulu iaitu Tart Nenas dan Kacang Coklat. Tart nenas pula MIG tak nak tart nenas biasa, dia nak tart nenas yang lain daripada orang lain. Jadi aku pun beritahu dekat mak aku dan mak aku pun bagi cadangan. Terima kasih Mak, Sayang Mak.
Oh kenapa tajuk hari ni MIG? Kerana hari ni aku nak bercerita pasal dia, MIG ataupun My Inche Gendut. Kami bukan macam pasangan yang lain selalu berjumpa, kami jenis pasangan yang jarang berjumpa. Almaklumla kami mulakan perhubungan ni dikala dia masih menuntut di Syria. MIG ada bagitau jurusan yang dia ambil tapi aku tak ingat, sebab bagi aku dia salah ambil jurusan. Sepatutnya dia mengambil jurusan masakan. MIG sangat suka masak dan specialty dia adalah dalam bidang masakan timur tengah tapi dia juga menjadi rujukan aku dalam memasak makanan melayu kampung. Berbeza dengan aku yang suka baking. Aku suka membuat kek, setakat ini aku belum lagi mengambil kelas baking secara formal. Satu hari nanti pasti.
MIG bukan seperti lelaki lain yang biasa. Bagi aku dia sangat luar biasa dan disebabkan itu perhubungan kami mampu bertahan selama ENAM TAHUN. Ya, tahun ni masuk tahun yang keenam kami bersama. Perancangan kahwin itu sudah tentu ada, tetapi terdapat kekangan daripada keluarga aku, sementelah aku masih lagi bergelar seorang pelajar. Aku bersyukur kerana dia bukan seorang yang pemarah. Walaupun perangai aku sering kali menguji kesabarannya tetapi dia masih lagi mampu untuk mengatakan I Love You. Ramai orang pernah berkata kepadaku yang perangai manusia akan berubah selepas kahwin. Ya, aku tidak menafikannya namun aku terimanya seadaanya. Cinta masih belum dapat membutakan mata aku untuk menilai baik dan buruk seseorang itu. Dan aku berdoa agar MIG tidak berubah kearah yang tidak elok selepas berkahwin.

Each and everytime we meet, you have never fail making me fall in love with you over and over again.
*ehsan google
Selasa, 11 Jun 2013
Comel dan Saya
Aku ada satu tabiat iaitu suka memandang lelaki yang berbadan comel. Comel di sini bukan tough ye. Comel di sini ialah chubby. Tidak tahu mengapa tapi badan lelaki yang berketak dan katang, tidak mampu menarik minat aku untuk memandang mereka dengan perasaan tolong jangan fikir kuning ye tapi berlainan halnya dengan lelaki berbadan comel ni. Mereka seperti ada aura yang mampu untuk membuatkan mata aku terpaku kepada mereka. Dan antara lelaki berbadan comel yang menarik perhatian aku ialah AmanWan dan Panda Merah, dan aku mempunyai tahap salute yang tinggi kerana walaupun berbadan comel mereka tidak hilang keyakinan diri. Oh, aku lupa beritahu Si Dia aku pun berbadan comel siap dengan perut sekali. Dah lama tidak ketemu MIGMy Inche Gendut. Apa khabar dia agaknya di Krabi? Isnin MIG akan pulang dari Krabi dan mungkin kami akan bertemi di KL? Tiada siapa yang tahu masa hadapan.
Bertahun menanti, pelbagai onak dan duri bersatu nanti, bersama pasti.
* gambar ehsan GOOGLE
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)