Oh kenapa tajuk hari ni MIG? Kerana hari ni aku nak bercerita pasal dia, MIG ataupun My Inche Gendut. Kami bukan macam pasangan yang lain selalu berjumpa, kami jenis pasangan yang jarang berjumpa. Almaklumla kami mulakan perhubungan ni dikala dia masih menuntut di Syria. MIG ada bagitau jurusan yang dia ambil tapi aku tak ingat, sebab bagi aku dia salah ambil jurusan. Sepatutnya dia mengambil jurusan masakan. MIG sangat suka masak dan specialty dia adalah dalam bidang masakan timur tengah tapi dia juga menjadi rujukan aku dalam memasak makanan melayu kampung. Berbeza dengan aku yang suka baking. Aku suka membuat kek, setakat ini aku belum lagi mengambil kelas baking secara formal. Satu hari nanti pasti.
MIG bukan seperti lelaki lain yang biasa. Bagi aku dia sangat luar biasa dan disebabkan itu perhubungan kami mampu bertahan selama ENAM TAHUN. Ya, tahun ni masuk tahun yang keenam kami bersama. Perancangan kahwin itu sudah tentu ada, tetapi terdapat kekangan daripada keluarga aku, sementelah aku masih lagi bergelar seorang pelajar. Aku bersyukur kerana dia bukan seorang yang pemarah. Walaupun perangai aku sering kali menguji kesabarannya tetapi dia masih lagi mampu untuk mengatakan I Love You. Ramai orang pernah berkata kepadaku yang perangai manusia akan berubah selepas kahwin. Ya, aku tidak menafikannya namun aku terimanya seadaanya. Cinta masih belum dapat membutakan mata aku untuk menilai baik dan buruk seseorang itu. Dan aku berdoa agar MIG tidak berubah kearah yang tidak elok selepas berkahwin.
Each and everytime we meet, you have never fail making me fall in love with you over and over again.
*ehsan google
.jpg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan