Khamis, 4 Julai 2013

Skema

Right , dah lama aku tak menulis ni. Sibuk dengan exam, rumah sewa, pikir biskut n dress lagi. Oh My Allah. terasa serabut pale otak aku.. Anyway, aku dah start buat biskut nk jual dah.mengikut kehendak MIG kesayangan aku tula. Yela aku bagi cadangan dekat dia buat kual kuih la puasa ni. Sebabnya aku akan kemalasan dirumah sebab takde bende nak dibuat dan untuk bekerja diluar, cik abang sorang tu susah bebenor nak bagi aku keje kat luar. So disebabkan aku ni suke memasak tapi takdela sedap mana, maka timbul la cadangan giler tu. Nak tahu kuih pe aku buat? 

Taraaaaaaaa

Ye, aku buat tart nenas tapi de kelainan sikit sebab aku mixed kan nenas dengan oren n prune..waaaa berkhasiat kau..Tibe-tibe rasa nak bagi giveaway plak.. baik KEPADA SESIAPA YANG INGINKAN FREE SAMPLE KUIH TART OREN N PRUNE NI SILA COMMENT..

Sabtu, 22 Jun 2013



Wrong is wrong even if everyone is doing it. Right is right even if you are the only one doing it 

- Anthem,pg 390. 

Jumaat, 21 Jun 2013

Hari Bapa

Mungkin belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari bapa kepada semua bapa-bapa di seluruh dunia. Apbila topik ini disentuh seringkali perkara ini membuatkan aku rasa macam lain sikit. Tidak, aku tidak ada masalah dengan bapaku. Cuma aku ini bukan jenis manusia yang reti untuk meluahkan perasaan secara berdepan hatta dalam mesej sekali pun. Mungkin kerana aku ini pemalu dan kurang bercakap apabila bertemu dengan orang asing. Kembali ke topik hari bapa, pada pendapat aku kita tidak perlukan hari yang tertentu untuk menyambut ibu dan bapa kita. we can celebrate everyday if we want to. Namun yang penting tunjukkan kasih sayang kita kepada mereka. Aku mungkin tidak mampu untuk meluahkan secara berdepan tapi aku mampu untuk meluahkan melalui tindakan aku.

My Father, My Hero. I wish you Happy Fathers' day Ayah.



Rabu, 19 Jun 2013

Air Terjun Titi Kerawang

Mood menulis masih di tahap yang rendah kerana semalam tidak menulis. Mata baru sahaja terbuka pada jam 10 pagi tadi dek kerana tido lewat. Hari ni terasa nak mengubah cara penulisan. Selama ni macam tulisan ayat skema. Aku memang skema wannabe. Masuk mood menulis kenangan dengan segera.

Semalam aku dan rakan-rakan ku membuat rancangan untuk mengelilingi Pulau Pinang. Terlalu banyak kenangan yang dilakukan semalam. Kami mengelilingi P.Pinang setelah dua tahun berada disini dan menemui Air Terjun Titi Kerawang yang cantik bukan perkataan indah lebih tepat untuk menggambarkan suasanya. Tepat pada masanya kami menjumpai air terjun tu kerana kepala dirasakan terlalu sarat dengan tekanan menghadapi peperiksaan. Namun sayang, kami tidak dapat menikmati keindahan, ketenangan dan kesejukaan air terjun itu dengan lama kerana jam sudah menunjukkan jam 6 hueres le soir.  Lagi pula, kami masing-masing tidak membawa baju lebih untuk bermandi-manda disitu. Namun, kami pasti akan kembali. Airnya yang jernih dan sejuk. Kawasannya yang jauh daripada hiruk pikuk kota, menggamit kenangan kami. Bunyi air mengalir sedikit sebanyak menghilangkan tekanan yang dirasai. Aku sudah merindui tempat ini. Harapan ku agar masih ada masa hadapan untuk aku menikmatinya sekali lagi.

Air mengalir indah,
burung berkicau riang,
hati kini dirasakan gundah,
masihkah ada hari mendatang?




* ehsan google


Isnin, 17 Jun 2013

MIG

Agak lama tidak menulis, harap kemahiran tulisan belum hilang lagi. Tidak menulis kerana sibuk berjumpa dengan MIG dan sibuk membuat eksperimen biskut yang MIG nak jual. Almaklumlah, kita pun dah nak masuk bulan puasa. Tahun ni MIG mahu jual biskut raya atau biskut puasa? Dan perana aku sebagai tukang buat kuih. Kitaorang jual dua jenis dulu iaitu Tart Nenas dan Kacang Coklat. Tart nenas pula MIG tak nak tart nenas biasa, dia nak tart nenas yang lain daripada orang lain. Jadi aku pun beritahu dekat mak aku dan mak aku pun bagi cadangan. Terima kasih Mak, Sayang Mak.

Oh kenapa tajuk hari ni MIG? Kerana hari ni aku nak bercerita pasal dia, MIG ataupun My Inche Gendut. Kami bukan macam pasangan yang lain selalu berjumpa, kami jenis pasangan yang jarang berjumpa. Almaklumla kami mulakan perhubungan ni dikala dia masih menuntut di Syria. MIG ada bagitau jurusan yang dia ambil tapi aku tak ingat, sebab bagi aku dia salah ambil jurusan. Sepatutnya dia mengambil jurusan masakan. MIG sangat suka masak dan specialty dia adalah dalam bidang masakan timur tengah tapi dia juga menjadi rujukan aku dalam memasak makanan melayu kampung. Berbeza dengan aku yang suka baking. Aku suka membuat kek, setakat ini aku belum lagi mengambil kelas baking secara formal. Satu hari nanti pasti.

MIG bukan seperti lelaki lain yang biasa. Bagi aku dia sangat luar biasa dan disebabkan itu perhubungan kami mampu bertahan selama ENAM TAHUN. Ya, tahun ni masuk tahun yang keenam kami bersama. Perancangan kahwin itu sudah tentu ada, tetapi terdapat kekangan daripada keluarga aku, sementelah aku masih lagi bergelar seorang pelajar. Aku bersyukur kerana dia bukan seorang yang pemarah. Walaupun perangai aku sering kali menguji kesabarannya tetapi dia masih lagi mampu untuk mengatakan I Love You. Ramai orang pernah berkata kepadaku yang perangai manusia akan berubah selepas kahwin. Ya, aku tidak menafikannya namun aku terimanya seadaanya. Cinta masih belum dapat membutakan mata aku untuk menilai baik dan buruk seseorang itu. Dan aku berdoa agar MIG tidak berubah kearah yang tidak elok selepas berkahwin.

Each and everytime we meet, you have never fail making me fall in love with you over and over again. 


*ehsan google

Selasa, 11 Jun 2013

Comel dan Saya

Aku ada satu tabiat iaitu suka memandang lelaki yang berbadan comel. Comel di sini bukan tough ye. Comel di sini ialah chubby. Tidak tahu mengapa tapi badan lelaki yang berketak dan katang, tidak mampu menarik minat aku untuk memandang mereka dengan perasaan tolong jangan fikir kuning ye tapi berlainan halnya dengan lelaki  berbadan comel ni. Mereka seperti ada aura yang mampu untuk membuatkan mata aku terpaku kepada mereka. Dan antara lelaki berbadan comel yang menarik perhatian aku ialah AmanWan dan Panda Merah, dan aku mempunyai tahap salute yang tinggi kerana walaupun berbadan comel mereka tidak hilang keyakinan diri. Oh, aku lupa beritahu Si Dia aku pun berbadan comel siap dengan perut sekali. Dah lama tidak ketemu MIGMy Inche Gendut. Apa khabar dia agaknya di Krabi? Isnin MIG akan pulang dari Krabi dan mungkin kami akan bertemi di KL? Tiada siapa yang tahu masa hadapan.


Bertahun menanti, pelbagai onak dan duri bersatu nanti, bersama pasti.



* gambar ehsan GOOGLE

Isnin, 10 Jun 2013

Invisible

Terkadang aku merasakan aku ni 'invisible'. Dalam kes ni, bukan sesuatu yang bagus. Aku ada satu tabiat, segala apa yang aku buat harus di iktiraf bukan perkataan yang tepat tapi konsep yang betul. Jangan tanya aku kenapa sebabnya aku sendiri pun tidak tahu mengapa. Mungkin aku seorang yang memerlukan perhatian orang lain, bak kata orang attention seeker. Atau aku sebenarnya kurang kasih sayang? Aku sendiri tidak tahu. 

Apa yang aku tahu adalah sakit untuk aku apabila orang tidak mengetahui siapa aku. Bayangkan, pada satu majlis, aku dan kawan aku berempat merupakan tulang belakang majlis tersebut tapi hanya kawan-kawanku sahaja yang dikenali oleh orang. Aku tertanya-tanya siapa aku sebenarnya? Adakah wajar untuk aku mempunyai perasaan sebegini? Atau sebenarnya tidak wajar? Mungkin aku kurang keyakinan diri. 


Mencari dan terus mencari, di mana letaknya keyakinan diri.


*gambar ehsan GOOGLE

Ahad, 9 Jun 2013

Wedding

* gambar ehsan Fathin Azmi

Sebenarnya aku teramat menginginkan perkahwinan yang sebegini. Ye, hakikatnya aku seorang manusia yang terlalu romantik. Kalau boleh aku inginkan satu perkahwinan bertemakan perkahwinan dalam taman, di tepi pantai dan pada waktu malam. Oh, angan-angan aku terlalu tinggi. Si Dia mahukan perkahwinan yang 'simple', susah untuk aku hadam semua itu. Itu adalah majlis yang teristimewa dalam hidupku dan aku mahukan majlis tersebut indah dan tidak mudah dilupakan. Ye, aku tahu bahawa Si Dia tidak mahu membazir tapi ini kemahuan aku. Salahkah aku meminta majlis aku nanti menjadi seperti apa yang aku impikan?



Antara keperluan dan kemahuan, aku terbelenggu keseorangan



Sabtu, 8 Jun 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan!!!

Sekarang musim peperiksaan bagi pelajar universiti tak terkecuali juga aku. Di kesempatan ini, aku mengambil peluang untuk mengucapkan kepada semua yang bakal mengambil peperiksaan, Selamat Maju Jaya terutamanya kepada para pelajar Univerisiti Sains Malaysia. Ye, aku tahu aku sudah seperti memberi ucapan Hari Raya kan. Aku sebenarnya mencuri masa untuk menulis di blog picisan ini. Masih terdapat nota yang perlu dihadam, masih terdapat rujukan yang perlu difaham dan masih terdapat soalan yang perlu digodam. Oh, aku sudah pandai membuat ritma akhir. Satu kemajuan. Tidak mahu membebel dan mengarut lagi, aku harus pergi membersihkan diri, memenuhi tuntutan perut seterusnya menelaah apa yang patut. 



*pesanan penaja: 
Jangan terlampau tertekan nanti kelak apa yang di telaah akan hilang dek kebuntuan fikiran.
Tenangkan fikiran dan banyakkan berdoa. InsyaAllah, tuhan akan membantu.

Jumaat, 7 Jun 2013

Bahasa

Hari ini aku baca satu tulisan akhbar yang berbentuk maya. Tulisan ini mempunyai tajuk yang menarik, yang mampu menarik perhatian aku dan juga pencinta bahasa yang lain. Menyentuh tentang topik yang sememangnya hangat di Malaysia, menyedarkan aku bahawa bahasa Melayu kini diambang kepupusan. Sedih apabila mengenangkan semua itu. masyarakat Malaysia kini semakin mengagung-agungkan bahasa Englayu-seperti yang dikatakan oleh penulis naskhah terbabit-.

Aku tidak menafikan bahawa aku juga termasuk dalam kalangan manusia yang MENGUNAKAN perkataan Englayu tersebut. Namun tahap penggunaan Englayu aku hanya terjadi apabila otak aku telah buntu mencari perkataan yang sesuai. Sebagai seorang pelajar dalam jurusan Terjemahan dan Interpretasi, perkara seperti ini amat penting untuk dititikberatkan. Kami seharusnya menjadi individu yang mempunyai pengetahuan bahasa yang tinggi kerana kami yang akan memelihara bahasa dan perkenalkan semula kepada bangsa.

Sama seperti wartawan. Manusia kini lebih banyak membaca  akhbar untuk mengetahui cerita semasa tidak kira maya atapun bercetak. Seharusnya pemilihan kata yang digunakan mestilah menggunakan bahasa Melayu yang betul kerana pembaca kini banyak terpengaruh dengan apa yang disiarkan dalam akhbar. oleh itu pihak berkenaan harus memberikan perhatian yang lebih dalam penguunaan bahasa disamping maklmat yang cuba disampaikan. Tidak banyak yang mahu diulas kerana aku bukan manusia yang suka mengulas tentang perkara sebegini. kebanyakannya aku ambil dan cari langkah penyelesaian untuk diri sendiri. Ya, agar aku tidak menjadi salah seorang daripada individu yang diperkatakan.

Rabu, 29 Mei 2013

kawan

Hari ni aku bergaduh dengan kawan aku. Perangai aku waktu itu sangat kejam dan aku terasa sangat bersalah kerana telah membuat kawan ku menangis. Kami bergaduh sebab markah, itu sahaja. Sia-sia?  Bagi aku tidak, kerana perkara itu menunjukkan bahawa aku dan kawan aku ingin menjadi yang terbaik dalam pembelajaran kami. Cuma cara kami berandau itu salah. Mujur kawan aku itu pemaaf orangnya. 

Hari ni aku belajar, bahawa walaubagaimana sekalipun kita ingin menegakkan kebenaran jangan samapi kita kehilangan perkara yang penting dalam hidup kita. Kawan bagi aku penting. pentingnya sama penting seperti ibu bapa kerana kawan kebanyakan masa kawan berada bersama kita. Namun jangan samapi tersalah pilih kawan kerana ia akan membinasakan kita. Pilihlah kawan yang akan membawa kita menuju kearah kebenaran dan kejayaan.

*Ingat bukan senang untuk mencari sahabat sejati, hargai mereka.



Selasa, 28 Mei 2013

Dunia Nadeena

Dunia Nadeena 

tempat aku 

bercerita, 

mengomel, 

merandau,

bermuhasabah,

dan 

berteduh seketika dari  hujan realiti.


Hujan

yang memberi rahmat 

dan
 
juga memberi pengajaran.


Terkadang aku terpaksa

lari

untuk menenangkan 

hati yang galau

dan 

aku harap 

tempat ini 

menjadi 

DUNIA NADEENA