Jumaat, 7 Jun 2013

Bahasa

Hari ini aku baca satu tulisan akhbar yang berbentuk maya. Tulisan ini mempunyai tajuk yang menarik, yang mampu menarik perhatian aku dan juga pencinta bahasa yang lain. Menyentuh tentang topik yang sememangnya hangat di Malaysia, menyedarkan aku bahawa bahasa Melayu kini diambang kepupusan. Sedih apabila mengenangkan semua itu. masyarakat Malaysia kini semakin mengagung-agungkan bahasa Englayu-seperti yang dikatakan oleh penulis naskhah terbabit-.

Aku tidak menafikan bahawa aku juga termasuk dalam kalangan manusia yang MENGUNAKAN perkataan Englayu tersebut. Namun tahap penggunaan Englayu aku hanya terjadi apabila otak aku telah buntu mencari perkataan yang sesuai. Sebagai seorang pelajar dalam jurusan Terjemahan dan Interpretasi, perkara seperti ini amat penting untuk dititikberatkan. Kami seharusnya menjadi individu yang mempunyai pengetahuan bahasa yang tinggi kerana kami yang akan memelihara bahasa dan perkenalkan semula kepada bangsa.

Sama seperti wartawan. Manusia kini lebih banyak membaca  akhbar untuk mengetahui cerita semasa tidak kira maya atapun bercetak. Seharusnya pemilihan kata yang digunakan mestilah menggunakan bahasa Melayu yang betul kerana pembaca kini banyak terpengaruh dengan apa yang disiarkan dalam akhbar. oleh itu pihak berkenaan harus memberikan perhatian yang lebih dalam penguunaan bahasa disamping maklmat yang cuba disampaikan. Tidak banyak yang mahu diulas kerana aku bukan manusia yang suka mengulas tentang perkara sebegini. kebanyakannya aku ambil dan cari langkah penyelesaian untuk diri sendiri. Ya, agar aku tidak menjadi salah seorang daripada individu yang diperkatakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan