Rabu, 19 Jun 2013

Air Terjun Titi Kerawang

Mood menulis masih di tahap yang rendah kerana semalam tidak menulis. Mata baru sahaja terbuka pada jam 10 pagi tadi dek kerana tido lewat. Hari ni terasa nak mengubah cara penulisan. Selama ni macam tulisan ayat skema. Aku memang skema wannabe. Masuk mood menulis kenangan dengan segera.

Semalam aku dan rakan-rakan ku membuat rancangan untuk mengelilingi Pulau Pinang. Terlalu banyak kenangan yang dilakukan semalam. Kami mengelilingi P.Pinang setelah dua tahun berada disini dan menemui Air Terjun Titi Kerawang yang cantik bukan perkataan indah lebih tepat untuk menggambarkan suasanya. Tepat pada masanya kami menjumpai air terjun tu kerana kepala dirasakan terlalu sarat dengan tekanan menghadapi peperiksaan. Namun sayang, kami tidak dapat menikmati keindahan, ketenangan dan kesejukaan air terjun itu dengan lama kerana jam sudah menunjukkan jam 6 hueres le soir.  Lagi pula, kami masing-masing tidak membawa baju lebih untuk bermandi-manda disitu. Namun, kami pasti akan kembali. Airnya yang jernih dan sejuk. Kawasannya yang jauh daripada hiruk pikuk kota, menggamit kenangan kami. Bunyi air mengalir sedikit sebanyak menghilangkan tekanan yang dirasai. Aku sudah merindui tempat ini. Harapan ku agar masih ada masa hadapan untuk aku menikmatinya sekali lagi.

Air mengalir indah,
burung berkicau riang,
hati kini dirasakan gundah,
masihkah ada hari mendatang?




* ehsan google


2 ulasan: